Rabu, 16 Mei 2012

YOK KE BANDUNG

Nak ke mana melancong lepas nie yer? Tahun sudah kaki ni sudah berjaya sampai ke Medan Indonesia. Syok, sronok dan hepi rasanya. Macam melancong ke luar negara pulak. Insyallah ada cita2 mesti akan sampai ke sana.

So plan aku nak trip next year dah diaturkan oleh my kakak sepupu. Normal lah kan mesti kena standby bajetnya. Makanya aku dan famili semua berpakat main kutu nk cukupkan ongkos. So tempat yang hendak dituju pas nie ke bandung, Indonesia. Ramai kawan2 aku yang dah g memang syok criternya. Yang penting shopping saja2 buk. Dah kena lah dengan kegemaran aku, gemar mengumpul koleksi beg, tudung, baju2 kurung. Di Bandung segalanya ada (cehhhh macam kat KL x ada tempat shopping). Yang agak sedey hubby aku x join sekaki ngan aku. Tapi at least aku hepi hubby bagi kebenaran nak ke sana. Now aku nak layan beberapa keping gambo keindahan Bandung. Saja nak cari semangat supaya lebih giat mengumpul duit. Apapun aku nk share gambo ckit jew dlm blog kali nie. Edisi part 2 akan aku ceriter pada blog yang akan datang dan aku akan upload gambo lebey banyak jugak keh. Lalalalalalala.






































Jumaat, 11 Mei 2012

BILA DIRI DIBENCI

Sedih x terkata, bila diri kita menjadi kebencian disegenap hati manusia.. bukan mudah untuk kita memenangi hati manusia sehinggakan ada ketikanya kepentingan diri sendiri tidak diutamakan. Kerana terlalu sayangkan sahabat, inikah yang harus ku terima?Mengapa itu harus ku alami? Dan mengapa sekeping hati ku nie seringkali menjadi mainan orang lain? Setiap kesalahan diri ku mudah sahaja nampaknya tetapi silap diri sendiri seringkali ditutup..

Benarlah, dalam kehidupan ini takkan ada semuanya yang indah belaka. Dugaan dan cabaran sentiasa datang menemani kita x kira bila masa sekalipun. Pada aku, kalau diri ini sudah mula dibenci biarlah aku terus berdiam diri. Bukan bermakna aku takut dan bodoh tetapi aku tak ingin mengeruhkan keadaan yang sedia ada. Sebagai muslim, tanggungjawab ku hanyalah satu, mendoakan kebaikan dan kesejahteraan muslimin dan muslimat yang lain. Tepuk dada tanya selera. Dan jangan ditanya seandainya selepas ini aku semakin kurang berminat untuk terus menjalinkan hubungan rapat/mesra dengan orang lain setelah seseorang sahabat yang aku sayangi membenci aku tanpa selidik dan bertanya depan berdepan apakah yang sedang berlaku???? kerana jawapan aku hanyalah satu biarlah asalkan bahagia.

Buat sahabat yang pernah menjadi teman selama 14 tahun nie, ku ucapkan semoga dikau bahagia sentiasa dan maafkan segala salah silap ku. Dan segala pemberian ku selama ini telah aku halalkan dunia akhirat. Begitu juga salah silap dikau terhadap diriku telah lama aku ampunkan. Smoga dikau selalu berkat dan dirahmati allah SWT. -amin-


* susah kalau ada owg ketiga, yang suka sampai menyampai dan menabur fitnah*. bawak bawaklah bertaubat wahai kawan.






kita x nak musuh mcm nie....










sebaliknya aku nak kita berdua berbaik seperti ini....








Jumaat, 27 April 2012

dugaan dulu, then appointment

Semalam, memang ari yg penuh dugaan wat aku n hubby. Start dari pagi nak g keje hinggalah waktu petang. Mengalahkan owg yg bekerja plak padahal hubby mmg cuti dan aku terpaksa meminta cuti last minute. Rasa macam nak grrrrrrrrrr jew tapi kena bersabar.ni tandanya allah sayangkan kita dan uji hati kita mampu atau x.

So criter ni bunyiknya lebey kurang mcm nie lah. pagi hubby aku mcm biasa akan hantar aku g keje. smlm aku bertolak dari KL umah mak aku. Seawal pagi kul 7 kita owg dah kuar. Mmg dah target nak sampai opis before kul 8stgh (x mo punch kad lambat)..then baru appointment kat spital pusrawi KL. nak jumpa doc plak kul 11 pagi. lagi rasa nak grrrrrrrrrr again. Tup2 bila nak dekat sampai kat persimpangan alamanda gear kereta proton kami problem dan skru plak bole tanggal. Adoi mak. Lagi rasa nk pitam dan muntah. Bajet nk sampai cepat alih2 x jadi g keje langsung.

Aku pon dan hubby dah jadi model jalan plak pagi tue sambil dok menunggu ON TOW dtg ambil kami dan bawa kreta ke Kuala Lumpur. Dlm tunggu punya tunggu (dkt 45 minit jadi minah pacak/mat pacak) sempat aku melayan mata coz dah start pening. Hubby pon ada sikit muka stress + x puas ati. Nasib aku soh dia relaks dan kool sekejap. X lama pas tue ON TOW pon datang. Aku n hubby jadi ala2 trafik kat tepi jalan coz x mo kreta lain berlonggok2 nak menyibuk tengok kreta kami. Akhirnya kereta kami pon selamat di ON TOW. Hubby pon follow that mamat lik KL. Dan aku terus menunggu teksi (fuhhh pecah peluh kat bawah matahari jadi minah pacak ag)

Tepat kul 11 am teksi pon smpai (siksa nunggu teksi mmg hampeh). Aku on the way terus lik KL dan terus ke spital Pusrawi. Charge tambang standard RM50.00. Syukur sangat baru lepas dapat gaji lau x nganga aku nak bayar duit teksi. Dah selesai check up kat spital, tepat kul 2ptg hubby call and bagitau kereta semuanya ok. Dah repair. Hanya pin dlm gear yang tercabut tapi aku yg tercabut kaki nunggu teksi hanya allah sahaja yang tahu.

Apapun thanks sangat kat hubby coz bagi kerjasama kat aku. Memang hubby sorang yang carring. Moral of this story is, setiap dugaan yang datang tue kita kena tabah hadapinya dengan tenang dan jangan cepat mengelabah. Buat selamba jew, heheeeee. Itulah tanda kasih sayang allah pada kita sebagai umatnya. Thanx to ALLAH coz helping me in watever situations. Alhamdulillah....










Sabtu, 21 April 2012

CRedit For Belog Cik Aish

Sedang aku dok jenguk2  info sana sini di incik Google, tup2 ternampak satu blog yang memang nice sgt2. so sweet n very cute creativity from tuan tanah Belog Cik Aish''. Memang pro kawan kita sorang nie wat blog dan byk info yang dpt aku blaja dari Cik Aish. Ni yg bersemangat nak wat blog. Nak kasi menarik dan cantek. Yg penting adalah keikhlasan rakan2 utk melawat blog saya sambil dapat berkenalan kan.

So to Cik Aish, sudi lah kiranya ajar saya pula. Saya budak baru blaja dan kalau salah tolong tunjukkan. Jangan marah yer Cik Aish nnti x chumel lah. Hepi frenz dear.




Mengidam Nak Pegang Ijazah

Actually kawan2, bila mlm menjelang lebey2 lagi mata lak x mo tido, mulalah idea mencurah2 and rajinnya nk mengupdate blog nie. Ternyata mmg aku nie jenis suka tido lambat since anak dara lagi (time keje tido cepat lau x lebam n lemau aku di opis).. Juz kat entry midnite nie nak share about idaman nk genggam degree.

Aku bukan nya pandai sgt blaja sgt kt skool dulu. Hanya ala kadar n cukup2 makan jew. Markah dlm skool ok gak lah tapi lau subjek matematik emmm alamatnya markah mmg hampeh (asyik kantoi). Nak katakan aktif sgt koko kt skool bley lah tp aku ni mmg kaki merewang dulu. Standard time budak2 mentah. Baru nk kenal Life.

Arwah abah aku mmg garang tapi mak sporting. So bila time PMR mmg malas blaja. Akibatnya rezults nah amik kau kantoi. Naik aliran sastera form 4 lagi kuat main2. Bila dah insaf form 5 baru nk blaja. Akhirnya aku dpt gred 2 dlm SPM. So offer sambung blaja byk tp smua x leh gi (arwah abah x bg g jauh). Bila dah keje 7 years, kawen 2 years lum ada anak ag, timbul minat studi lik. Alhamdulillah dpt offer dari UM utk aku amik diploma dalam bidang Human Resources. Siang malam aku mimpi nak pegang segulung ijazah. Maybe rezeki pas nie kot. Tp siyes aku katakan blaja n keje in one time mmg rasa penat sgt tp azam tetap kuat. So smoga mimpi aku akan jadi nyata lah kan.Hope kawan2 doakan saya di masa hadapan. Mana tau maybe nak amik Degree esok, ada jugak rezeki peknen. Mudah mudahan, amin. Apapun rezeki ni utk keluarga saya. So kawan2 yang ada peluang sambung studi, smoga sukses. All the best u olls.




Gambar menjadi Pembakar Semangat
ihsan Google Pic



Yeahhhhh berjaya akhirnya
ihsan Google Pic


Tempat Aku Studi Skunk

Aktiviti Sengal Di Opis

Memang sengal jew aku bila ada di opis. Al maklumlah ramai kawan2 pompuan dalam satu sektor kami.. Macam2 kerenah yang aku lalui tapi kwn2 aku nie boley dikategorikan sengal jugak ar. Walaupun status sbg wife owg tapi perangai kami x ubah macam budak2 kecik. ishh ishhh ishhh.

Kadang2 saja nak lepaskan tension di kepala otak akibat byk keja. So ada masa free, bergambor jew lah keje kami. Apapun keje tetap diutamakan, bergambar jangan dilupakan. Lalalalala.

Alrite, jom korang tengok gambo2 aku di opis. Memang macam kanak2 ribena kan. haiiiihh anak sapalah nie. Heeeeeeeee.


Sila jenguk satu- satu ok....




Team Yang Sempoi...


^
^
^
^
^

Geng "HOT MAK DARA"
^
^
^
^
^


Hepi Time

^
^
^
^
^

Yezaaaaaaa

^
^
^
^
^

Aku Gembira Tatkala Bersama Mereka, Smoga Kita Sukses Selalu....

Khamis, 19 April 2012

Kerana Mulut Badan Binasa

Susah kalau manusia x suka jaga mulut...bak kata pepatah owg melayu KERANA MULUT BADAN BINASA.. manusia skunk ni lau dah ada pangkat ckit, cantik ckit, kaya ckit  terus lupa diri. Yg x tahan bab sound menyound. Perasan diri macam bagus sangat.

Aku pon x terlepas dgn sikap manusia sebegini. Lebey2 lagi owg yg cukup kenal kita dgn baik. Akhirnya kebaikan yang kita hulurkan dibalas dgn sebaliknya. Kadang2 aku cukup frust ngan sikap owg mcm nie. Kesalahan sendiri x nk mengaku dan suka menyalahkan owg laen. Bila x puas ati semua kata2 nista akan kuar dari mulut.

Pengajaran yang aku dapat dari kisah ini supaya berhati-hati dengan orang disekeliling. Dan kita jangan lupa terus berdoa agar orang seperti ini diberi petunjuk oleh ALLAH SWT juga untuk diri kita juga. So bawak bawaklah beriman dan beramal keh..






jagailah hati agar tidak dibenci





bercakap biarlah mendatangkan kebaikan







Selasa, 17 April 2012

ARGHHHHH DIET OH DIET

Korang suka x nk sihat dan cantik? korang mesti suka sgt kan lau baju2 lama korang leh pakai balik dan nmpak muda lebey muda sentiasa.. Agak2 korang suka x diet @ kawal makan? x leh makan itu, ini, kek, nasi ayam, nasi beriani atau apa jenis makanan yg berlemak? arghhhh mmg tension di buatnya bila kontrol makan. Lau melantak aku mmg  NO 1. Dulu sblm kawen berat cuma 68 kg jew dan skunk nie nah semakin sihat sgt2.. Yg paling aku nyampah bila g kenduri kendara mesti owg pelik tgk aku  (dah mcm giant ker aku nie).. Lg rasa kecik ati n pedih ati (bukan gatsrik na) lau owg tu tanya dialog lebey kuang mcm nie "aikkk makin besar badan ko skunk"  x kontrol ker.. Asyik makan jew kerja ko tue yg berlemak byk..? Perghhh rasa korang nk lempang x owg ckp mcm nie. Tp lau dipikirkan tul gak dia ckp tue..

Aku semakin buntu x reti nk wat apa lagi.. Mau atau x mo aku kena usahakan smpai sukses. Siksanya hanya ALLAH yg tahu. Lau nk diikutkan berat ideal kena lah turun 80 KG utk ke berat 54 KG krn aku nie dah lah sgt rendah.. Nak wat senaman dah lah sikit punya malas. Apapun aku cuba smpai lebam utk berjaya. Bak Kata Pepatah "SUSAH DULU SENANG KEMUDIAN''.

Hope sgt2 aku dapat capai impian nk berat badan ideal. Haaaaa makin senang lah aku nk beli baju nanti. Yg penting UTAMAKAN KESIHATAN ANDA.. Betul x kwn2??? Dan wat kwn2 yg nk diet pastikan ikut diet yg betul. Jgn wat Crush Diet yang bole mendatangkan mudarat kpd kita. Yg penting sihat dan cantik. Sblm aku terlupa kwn2 digalakkan membeli majalah RAPI utk merapikan diri anda juga. Selamat mencuba..




DIET YANG PALING TERBAEKKKK DILAKUKAN


nota pendek : Koleksi Majalah RAPI harga RM 4.00 shj

JOGGING TIME

RAPIKAN DIRI ANDA SELALU











Sabtu, 14 April 2012

Hijab Trendy And Muslimah

Hijab Trendy sememangya menjadi trend zaman skunk.. Wanita alaf baru lebey bijak menggayakan koleksi pakaian dan tudung@ hijab masing2 ikut taste sendiri. Tak kisah walau mcm mana pon asalkan kepuasan kita membeli dan berani mencuba membuatkan kita lebey yakin di khalayak ramai. Haaaa x kurang juga "aunty2 kita yg berusia emas tue, pon pandai bergaya. Bak Kata Pepatah "Biar Papa Asal Bergaye (cuba sebut dlm loghat Perak)...


Aku juga adalah salah seorang drp korang. Dah namanya pun pompuan mesti nak chantek..Nak katakan bergaya sgt tidaklah tapi suka mencuba sesuatu yg terbaru.. Cuma aku ni kadang2 kurang keyakinan diri nk tampil lebey "trendy". Hubby aku pon suka aku bertudung coz nmpak lebey sweet (kata my hubby lew).. And for this 2012 nie, mmg byk fesyen hijab yg ada dipasaran. Kalau nk byk pilihan sudah semestinya di JALAN TAR KL yang jadi sasaran cuci2 mata. Drp harga RM 10 hingga ke atas, pelbagai corak yg dijual dan mmg korang rasa geram nk membeli. Tapi hati2 ek, bajet ongkosnya mau cukup..

Di sini ,aku juga sempat selitkan bbrapa contoh koleks Hijab yang sememangya kegilaan korang kan termasuklah diri aku. Nak jugak mencuba tapi jgn sampai siksakan diri k. Asalkan korang selesa... 


Plezzzzz layan cuci mata tau...Mana tau ada yg berkenan di hati bole membeli..




Shawl 1





Shawl 2



Tudung Ropol Yg Sweet n Cute



Inner ala2 Arab



Selendang CT



Inner Corak ala-ala Cheetah







Selendang CT in black Colour





Nota Pendek : So kawan2 yag berminat nak beli, sila ke www.ColourfulCollections.Com








Khamis, 12 April 2012

Slot Cinta Buat Emelda

Tiba2 timbul lak syok tengok Slot TV3 Cinta Buat Emelda lakonan Fizo Omar, Almy Nadia dan adik sweet Mia Nasuha setiap petang.. Firstly aku mmg x minat sgt tgk criter nie tapi one day bila layan sorang2 rasa begitu romantis (aikkk jiwang aku dah muncul plak).




Drama Cinta Buat Emelda arahan Abang Bob Hashim memaparkan cerita yang penuh dengan konflik keluarga, cinta, persahabatan dan yang paling penting penuh dengan emosi. Drama bersiri 24 episod terbitan MIG Production Sdn Bhd, akan mula bersiaran setiap Isnin hingga Khamis mulai 26 Mac 2012 jam 7 malam.

Drama ni membariskan pelakon-pelakon hebat antaranya Almy Nadia, Rabecca Nur Al-Islam, Erry Putra, Fizo Omar, Alex Yanz, Mustapha Kamal, Amran Ismail, Aida Khalida, Nuremy Ramli, Diana Amir, Shima Anuar, Kamal Faridz, Uncle Amin termasuklah pelakon cilik yang kecik dan comel, Mia Sara Nasuha dan Rykal Iskandar kepada anda semua dan ramai lagi.






so jangan ketinggalan k dan layan tonton Slot smpai abis.. Gerenti jiwang karat korang. heeeeee. (sememangya korang sweet lah berlakon criter nie)

AL Fatihah Buat Arwah Ayahanda Ku...

Setiap kenangan pahit, mmg menjadi sejarah dlm hidup kita...Walau beribu tahun menjelang tapi kenangan takkan mungkin kita lupakan. Ayah dan Ibu itulah permulaan kami..Kata2 dari lagu Allahyarham Sudirman Haji Arshad mmg ada benarnya. Selagi masih bernyawa ibu dan ayah kita, berbaktilah kpd mereka selagi hayat dikandung badan..

Tahun 2011, bln ramadhan merupakan kenangan pahit wat aku. Setelah lebih 10 tahun aku terpisah dgn ayah tercinta, tiba2 aku dikejutkan abah tiada lagi di dunia ini tanggal 20 Ogos 2011 bersamaan 20 Ramadhan. Patah hati ku dan kecewa tatkala mengenangkan hajat nak beraya dgn arwah x kesampaian. Namun kita hanya merancang Allah jua yg menentukan. Arwah abah ku menghembuskan nafas terakhir pada 7.20 mlm sblm sempat berbuka puasa. Arwah mengalami Sakit Dada dan sukar utk bernafas. Namun aku redha pemergian dia walaupon aku x sempat nk sujud mohon ampun dan maaf dkt arwah.

Alhamdulillah arwah sempat menelefon ku pada bulan Mei dan telah lama ampunkan dosa2 ku semuanya.. Aku mmg sayangkan arwah abah dan mak aku. Selagi hayat mak aku masih ada akan aku jaga mak sebaiknya krn itulah HARTA aku yg tinggal.  AL Fatihah wat ayahanda ku ALLAHYARHAM KASSIM BIN WALI MUHAMMAD. Smoga abah ditempatkan disisi orang2 yang soleh. Amin..

Anakmu ini tetap merindui mu selalu...


Nota Pendek : Kenangan sepasang Baju Melayu Biru tidak mungkin akan ku lupakan...

Makanan Kegemaran Ku

Makan makan makan makan, hidup utk makan ker makan utk hidup??? Everybody can eat x kisah tolak batu n kayu jew.. Korang mesti ada makanan kegemaran korang? Yg buatkan korang sangat2 ''gila'' nak mkn sampaikan nak ulang2 makan benda yg sama tu jugak.

X kisah korang ada kat lokasi jauh/ dekat mesti korang ngidam nak makan jugak. Haaaaaa mcm aku nie pon sama gak mcm korang. Yang paling aku minat sangat makan KeK Coklat, Spaghetti, Ikan Salmon Masak Swet Sour, Nasi Ayam. Perghhhh lau dpt nie memang x gerak2 lah aku (nie yg body chumel sgt skunk nie).. Kek yang paling aku minat mestilah Kek secret recipe (indulgence choc).Rasa mmg nice sgt. Spaghetti lak marinara carbonara, nasi ayam semua jenis yang aku minat. Insyallah 1 day aku nk wat nasi ayam sendiri. So kwn2 lau sudi jemputlah makan nasi ayam aku keh (jemput dtg umah tau).

So nie aku nk kasi tunjuk korang pic makanan kegemaran aku. Jgn terliur udah ler. Nyummmmmmmmm......





nyummmm nyummm sedap nyew...





indulgence choc cake





banyak jenis kek di secret recipe





my favourite nasi ayam...the best lah...

Rabu, 11 April 2012

Sepotong Doa Untuk Pasangan Tanpa Zuriat

Dalam diam x diam, hampir 2 tahun lebey aku mendirikan rumahtangga brsama cinta hatiku my luv soul mate my hubby Mr Hamdi Abd Aziz aka Ham. Syukur sgt pd ALLAH SWT krn dipertemukan dgn hubby yg always give me support moral dan carring jaga aku siang dan mlm (dlm keadaaan sakit pon sob..sob..sob..).

Tetapi setiap pasangan ada dugaannya. Dah takdir kami masih lagi belum memiliki cahaya mata pertama kami sehingga kini dan aku redha sbb setiap yg terjadi ada hikmah disebaliknya. Kwn2 doakan kami mendapat hajat kami yer. So kuncinya kita perlu berusaha dan jgn patah semangat atas apa yg terjadi. Now kat entry nie aku nak bg Gift kt kawan2 yg masih menanti zuriat spt aku juga. Amalkan membaca surah berkenaan dan hajatkan yg terbaik di dlm hati kita. Smoga berkat usaha kita yer.

Amin...



SURAH UNTUK DAPATKAN ZURIAT





"Ya Tuhanku, sungguh tulangku sudah lemah dan kepalaku dipenuhi uban, dan aku tidak pernah kecewa bagi berdoa kepadaMu, ya Tuhanku. Dan sungguh, aku khuatir pada keluarga sepeninggalanku dan isteriku seorang yang mandul. Maka anugerahilah aku seorang anak daripada sisi-Mu..."

(Surah Maryam ayat 4-5)




nota pendek : kenangan di hari bahagia kami













Ombak Rindu Tetap Mantop

Emmmm, filem melayu yg mantop dan the best sibuk diperkatakan di sana sini.. dan aku salah sowg yg x terlepas peluang menonton wayang. nk katakan KAKI WAYANG x lah sgt coz ari2 pergi pon bajet kureng lah (heheheehe mau blaja berjimat lah konon).. so aku pon amik choice tgk kat ASTO FIRST yg kadar harganya RM 15 utk two days.. so aku tgk dgn senang lenang ati lew.




Dlm byk2 filem yg aku tgk, smua mmg ok cuma ada 1 filem nie yg paling aku suka giler + romantik abis smpai terkeluar airmata aku iaitu Filem OMBAK RINDU lakonan Aaron Aziz dan Maya Karin. X lah lapok sgt kan movie ni coz aku rasa smua owg mmg minat sgt ar kat dua plakon romantik nie. Filem ni aku bg 5 Star coz penghayatan criter yg sgt mendalam. haaaa utk sesiapa nk blaja bercinta meh lah tgk filem nie. Sblm terlambat aku nk ucapkan tahniah kpd Aaron dan Maya coz menang kat ABPH 2012...Apapun jom layan lagu nie keh...



So jom layan Lirik Lagu OMBAK RINDU :-


Adira :Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku


Hafiz :
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku


Adira :
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung


Hafiz :
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku


Hafiz & Adira :
Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti


Hafiz:
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya


Adira:
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku


Salam 2012

Salam 2012 semua kengkawan.. Apa Khanq korang? rasanya lum terlambat ag utk aku nk wish Hepi New Year 2012 kt smua.. dah 4 bulan kita di 2012.. so ni lah time kita nak cpai azam yg masih lum tercapai..


Actually, aku sbenarnya mmg x pandai wat blog. asyik2 kantoi n kantoi. baca blog owg laen mmg aku suka. tiba2 timbul minat nak wat blog sendiri so aku pon wat lah. utk first blog nie hope korang dpt trima blog aku nie k. lau ada sesiapa yg sudi nk follow silakanlah, i pon nk follow gak coz kita kan suka mencari kenalan baru..


So kwn2 sudi sudikan lah diri kalian mengenali aku, dan berikan sedikit tunjuk ajar pada hamba nie yer..apapun salam perkenalan wat smua. dan smoga apa yg korang impikan akan tercapai jua. amin. take care u ollss.