Rabu, 16 Mei 2012

YOK KE BANDUNG

Nak ke mana melancong lepas nie yer? Tahun sudah kaki ni sudah berjaya sampai ke Medan Indonesia. Syok, sronok dan hepi rasanya. Macam melancong ke luar negara pulak. Insyallah ada cita2 mesti akan sampai ke sana.

So plan aku nak trip next year dah diaturkan oleh my kakak sepupu. Normal lah kan mesti kena standby bajetnya. Makanya aku dan famili semua berpakat main kutu nk cukupkan ongkos. So tempat yang hendak dituju pas nie ke bandung, Indonesia. Ramai kawan2 aku yang dah g memang syok criternya. Yang penting shopping saja2 buk. Dah kena lah dengan kegemaran aku, gemar mengumpul koleksi beg, tudung, baju2 kurung. Di Bandung segalanya ada (cehhhh macam kat KL x ada tempat shopping). Yang agak sedey hubby aku x join sekaki ngan aku. Tapi at least aku hepi hubby bagi kebenaran nak ke sana. Now aku nak layan beberapa keping gambo keindahan Bandung. Saja nak cari semangat supaya lebih giat mengumpul duit. Apapun aku nk share gambo ckit jew dlm blog kali nie. Edisi part 2 akan aku ceriter pada blog yang akan datang dan aku akan upload gambo lebey banyak jugak keh. Lalalalalalala.






































Jumaat, 11 Mei 2012

BILA DIRI DIBENCI

Sedih x terkata, bila diri kita menjadi kebencian disegenap hati manusia.. bukan mudah untuk kita memenangi hati manusia sehinggakan ada ketikanya kepentingan diri sendiri tidak diutamakan. Kerana terlalu sayangkan sahabat, inikah yang harus ku terima?Mengapa itu harus ku alami? Dan mengapa sekeping hati ku nie seringkali menjadi mainan orang lain? Setiap kesalahan diri ku mudah sahaja nampaknya tetapi silap diri sendiri seringkali ditutup..

Benarlah, dalam kehidupan ini takkan ada semuanya yang indah belaka. Dugaan dan cabaran sentiasa datang menemani kita x kira bila masa sekalipun. Pada aku, kalau diri ini sudah mula dibenci biarlah aku terus berdiam diri. Bukan bermakna aku takut dan bodoh tetapi aku tak ingin mengeruhkan keadaan yang sedia ada. Sebagai muslim, tanggungjawab ku hanyalah satu, mendoakan kebaikan dan kesejahteraan muslimin dan muslimat yang lain. Tepuk dada tanya selera. Dan jangan ditanya seandainya selepas ini aku semakin kurang berminat untuk terus menjalinkan hubungan rapat/mesra dengan orang lain setelah seseorang sahabat yang aku sayangi membenci aku tanpa selidik dan bertanya depan berdepan apakah yang sedang berlaku???? kerana jawapan aku hanyalah satu biarlah asalkan bahagia.

Buat sahabat yang pernah menjadi teman selama 14 tahun nie, ku ucapkan semoga dikau bahagia sentiasa dan maafkan segala salah silap ku. Dan segala pemberian ku selama ini telah aku halalkan dunia akhirat. Begitu juga salah silap dikau terhadap diriku telah lama aku ampunkan. Smoga dikau selalu berkat dan dirahmati allah SWT. -amin-


* susah kalau ada owg ketiga, yang suka sampai menyampai dan menabur fitnah*. bawak bawaklah bertaubat wahai kawan.






kita x nak musuh mcm nie....










sebaliknya aku nak kita berdua berbaik seperti ini....