Rabu, 16 Mei 2012

YOK KE BANDUNG

Nak ke mana melancong lepas nie yer? Tahun sudah kaki ni sudah berjaya sampai ke Medan Indonesia. Syok, sronok dan hepi rasanya. Macam melancong ke luar negara pulak. Insyallah ada cita2 mesti akan sampai ke sana.

So plan aku nak trip next year dah diaturkan oleh my kakak sepupu. Normal lah kan mesti kena standby bajetnya. Makanya aku dan famili semua berpakat main kutu nk cukupkan ongkos. So tempat yang hendak dituju pas nie ke bandung, Indonesia. Ramai kawan2 aku yang dah g memang syok criternya. Yang penting shopping saja2 buk. Dah kena lah dengan kegemaran aku, gemar mengumpul koleksi beg, tudung, baju2 kurung. Di Bandung segalanya ada (cehhhh macam kat KL x ada tempat shopping). Yang agak sedey hubby aku x join sekaki ngan aku. Tapi at least aku hepi hubby bagi kebenaran nak ke sana. Now aku nak layan beberapa keping gambo keindahan Bandung. Saja nak cari semangat supaya lebih giat mengumpul duit. Apapun aku nk share gambo ckit jew dlm blog kali nie. Edisi part 2 akan aku ceriter pada blog yang akan datang dan aku akan upload gambo lebey banyak jugak keh. Lalalalalalala.






































Jumaat, 11 Mei 2012

BILA DIRI DIBENCI

Sedih x terkata, bila diri kita menjadi kebencian disegenap hati manusia.. bukan mudah untuk kita memenangi hati manusia sehinggakan ada ketikanya kepentingan diri sendiri tidak diutamakan. Kerana terlalu sayangkan sahabat, inikah yang harus ku terima?Mengapa itu harus ku alami? Dan mengapa sekeping hati ku nie seringkali menjadi mainan orang lain? Setiap kesalahan diri ku mudah sahaja nampaknya tetapi silap diri sendiri seringkali ditutup..

Benarlah, dalam kehidupan ini takkan ada semuanya yang indah belaka. Dugaan dan cabaran sentiasa datang menemani kita x kira bila masa sekalipun. Pada aku, kalau diri ini sudah mula dibenci biarlah aku terus berdiam diri. Bukan bermakna aku takut dan bodoh tetapi aku tak ingin mengeruhkan keadaan yang sedia ada. Sebagai muslim, tanggungjawab ku hanyalah satu, mendoakan kebaikan dan kesejahteraan muslimin dan muslimat yang lain. Tepuk dada tanya selera. Dan jangan ditanya seandainya selepas ini aku semakin kurang berminat untuk terus menjalinkan hubungan rapat/mesra dengan orang lain setelah seseorang sahabat yang aku sayangi membenci aku tanpa selidik dan bertanya depan berdepan apakah yang sedang berlaku???? kerana jawapan aku hanyalah satu biarlah asalkan bahagia.

Buat sahabat yang pernah menjadi teman selama 14 tahun nie, ku ucapkan semoga dikau bahagia sentiasa dan maafkan segala salah silap ku. Dan segala pemberian ku selama ini telah aku halalkan dunia akhirat. Begitu juga salah silap dikau terhadap diriku telah lama aku ampunkan. Smoga dikau selalu berkat dan dirahmati allah SWT. -amin-


* susah kalau ada owg ketiga, yang suka sampai menyampai dan menabur fitnah*. bawak bawaklah bertaubat wahai kawan.






kita x nak musuh mcm nie....










sebaliknya aku nak kita berdua berbaik seperti ini....








Jumaat, 27 April 2012

dugaan dulu, then appointment

Semalam, memang ari yg penuh dugaan wat aku n hubby. Start dari pagi nak g keje hinggalah waktu petang. Mengalahkan owg yg bekerja plak padahal hubby mmg cuti dan aku terpaksa meminta cuti last minute. Rasa macam nak grrrrrrrrrr jew tapi kena bersabar.ni tandanya allah sayangkan kita dan uji hati kita mampu atau x.

So criter ni bunyiknya lebey kurang mcm nie lah. pagi hubby aku mcm biasa akan hantar aku g keje. smlm aku bertolak dari KL umah mak aku. Seawal pagi kul 7 kita owg dah kuar. Mmg dah target nak sampai opis before kul 8stgh (x mo punch kad lambat)..then baru appointment kat spital pusrawi KL. nak jumpa doc plak kul 11 pagi. lagi rasa nak grrrrrrrrrr again. Tup2 bila nak dekat sampai kat persimpangan alamanda gear kereta proton kami problem dan skru plak bole tanggal. Adoi mak. Lagi rasa nk pitam dan muntah. Bajet nk sampai cepat alih2 x jadi g keje langsung.

Aku pon dan hubby dah jadi model jalan plak pagi tue sambil dok menunggu ON TOW dtg ambil kami dan bawa kreta ke Kuala Lumpur. Dlm tunggu punya tunggu (dkt 45 minit jadi minah pacak/mat pacak) sempat aku melayan mata coz dah start pening. Hubby pon ada sikit muka stress + x puas ati. Nasib aku soh dia relaks dan kool sekejap. X lama pas tue ON TOW pon datang. Aku n hubby jadi ala2 trafik kat tepi jalan coz x mo kreta lain berlonggok2 nak menyibuk tengok kreta kami. Akhirnya kereta kami pon selamat di ON TOW. Hubby pon follow that mamat lik KL. Dan aku terus menunggu teksi (fuhhh pecah peluh kat bawah matahari jadi minah pacak ag)

Tepat kul 11 am teksi pon smpai (siksa nunggu teksi mmg hampeh). Aku on the way terus lik KL dan terus ke spital Pusrawi. Charge tambang standard RM50.00. Syukur sangat baru lepas dapat gaji lau x nganga aku nak bayar duit teksi. Dah selesai check up kat spital, tepat kul 2ptg hubby call and bagitau kereta semuanya ok. Dah repair. Hanya pin dlm gear yang tercabut tapi aku yg tercabut kaki nunggu teksi hanya allah sahaja yang tahu.

Apapun thanks sangat kat hubby coz bagi kerjasama kat aku. Memang hubby sorang yang carring. Moral of this story is, setiap dugaan yang datang tue kita kena tabah hadapinya dengan tenang dan jangan cepat mengelabah. Buat selamba jew, heheeeee. Itulah tanda kasih sayang allah pada kita sebagai umatnya. Thanx to ALLAH coz helping me in watever situations. Alhamdulillah....










Sabtu, 21 April 2012

CRedit For Belog Cik Aish

Sedang aku dok jenguk2  info sana sini di incik Google, tup2 ternampak satu blog yang memang nice sgt2. so sweet n very cute creativity from tuan tanah Belog Cik Aish''. Memang pro kawan kita sorang nie wat blog dan byk info yang dpt aku blaja dari Cik Aish. Ni yg bersemangat nak wat blog. Nak kasi menarik dan cantek. Yg penting adalah keikhlasan rakan2 utk melawat blog saya sambil dapat berkenalan kan.

So to Cik Aish, sudi lah kiranya ajar saya pula. Saya budak baru blaja dan kalau salah tolong tunjukkan. Jangan marah yer Cik Aish nnti x chumel lah. Hepi frenz dear.




Mengidam Nak Pegang Ijazah

Actually kawan2, bila mlm menjelang lebey2 lagi mata lak x mo tido, mulalah idea mencurah2 and rajinnya nk mengupdate blog nie. Ternyata mmg aku nie jenis suka tido lambat since anak dara lagi (time keje tido cepat lau x lebam n lemau aku di opis).. Juz kat entry midnite nie nak share about idaman nk genggam degree.

Aku bukan nya pandai sgt blaja sgt kt skool dulu. Hanya ala kadar n cukup2 makan jew. Markah dlm skool ok gak lah tapi lau subjek matematik emmm alamatnya markah mmg hampeh (asyik kantoi). Nak katakan aktif sgt koko kt skool bley lah tp aku ni mmg kaki merewang dulu. Standard time budak2 mentah. Baru nk kenal Life.

Arwah abah aku mmg garang tapi mak sporting. So bila time PMR mmg malas blaja. Akibatnya rezults nah amik kau kantoi. Naik aliran sastera form 4 lagi kuat main2. Bila dah insaf form 5 baru nk blaja. Akhirnya aku dpt gred 2 dlm SPM. So offer sambung blaja byk tp smua x leh gi (arwah abah x bg g jauh). Bila dah keje 7 years, kawen 2 years lum ada anak ag, timbul minat studi lik. Alhamdulillah dpt offer dari UM utk aku amik diploma dalam bidang Human Resources. Siang malam aku mimpi nak pegang segulung ijazah. Maybe rezeki pas nie kot. Tp siyes aku katakan blaja n keje in one time mmg rasa penat sgt tp azam tetap kuat. So smoga mimpi aku akan jadi nyata lah kan.Hope kawan2 doakan saya di masa hadapan. Mana tau maybe nak amik Degree esok, ada jugak rezeki peknen. Mudah mudahan, amin. Apapun rezeki ni utk keluarga saya. So kawan2 yang ada peluang sambung studi, smoga sukses. All the best u olls.




Gambar menjadi Pembakar Semangat
ihsan Google Pic



Yeahhhhh berjaya akhirnya
ihsan Google Pic


Tempat Aku Studi Skunk

Aktiviti Sengal Di Opis

Memang sengal jew aku bila ada di opis. Al maklumlah ramai kawan2 pompuan dalam satu sektor kami.. Macam2 kerenah yang aku lalui tapi kwn2 aku nie boley dikategorikan sengal jugak ar. Walaupun status sbg wife owg tapi perangai kami x ubah macam budak2 kecik. ishh ishhh ishhh.

Kadang2 saja nak lepaskan tension di kepala otak akibat byk keja. So ada masa free, bergambor jew lah keje kami. Apapun keje tetap diutamakan, bergambar jangan dilupakan. Lalalalala.

Alrite, jom korang tengok gambo2 aku di opis. Memang macam kanak2 ribena kan. haiiiihh anak sapalah nie. Heeeeeeeee.


Sila jenguk satu- satu ok....




Team Yang Sempoi...


^
^
^
^
^

Geng "HOT MAK DARA"
^
^
^
^
^


Hepi Time

^
^
^
^
^

Yezaaaaaaa

^
^
^
^
^

Aku Gembira Tatkala Bersama Mereka, Smoga Kita Sukses Selalu....

Khamis, 19 April 2012

Kerana Mulut Badan Binasa

Susah kalau manusia x suka jaga mulut...bak kata pepatah owg melayu KERANA MULUT BADAN BINASA.. manusia skunk ni lau dah ada pangkat ckit, cantik ckit, kaya ckit  terus lupa diri. Yg x tahan bab sound menyound. Perasan diri macam bagus sangat.

Aku pon x terlepas dgn sikap manusia sebegini. Lebey2 lagi owg yg cukup kenal kita dgn baik. Akhirnya kebaikan yang kita hulurkan dibalas dgn sebaliknya. Kadang2 aku cukup frust ngan sikap owg mcm nie. Kesalahan sendiri x nk mengaku dan suka menyalahkan owg laen. Bila x puas ati semua kata2 nista akan kuar dari mulut.

Pengajaran yang aku dapat dari kisah ini supaya berhati-hati dengan orang disekeliling. Dan kita jangan lupa terus berdoa agar orang seperti ini diberi petunjuk oleh ALLAH SWT juga untuk diri kita juga. So bawak bawaklah beriman dan beramal keh..






jagailah hati agar tidak dibenci





bercakap biarlah mendatangkan kebaikan